Friday, July 20, 2018

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin


Topik dengan tajuk di atas adalah sebenarnya ingin merungkai persoalan yang selalu bermain diminda pengguna kereta terutamanya tentang bagaimana air boleh bercampur dengan minyak dalam enjin.

Gambar dari  hotrodslincoln.blogspot.com
Pada keseluruhan enjin yang normal air sebenarnya tidak mudah untuk bercampur dengan minyak dalam enjin melainkan terdapat faktor-faktor tertentu yang membolehkan kejadian ini berlaku.Bagaimanakah pula kita dapat mempastikan bahawa enjin kita terhindar dari keadaan ini?Apakah yang perlu kita periksa?

Untuk mengetahuinya amat mudah iaitu dengan membuka penutup minyak hitam atas silinder dan perhatikan didalamnya ,jika terdapat tompokan-tompokan keputihan bermakna enjin tersebut  telah dimasuki air.Fungsi air sebenarnya untuk menyejukan enjin tetapi apabila terdapat komponen-komponen tertentu telah rosak maka kejadian ini akan terus berlaku.

Pada hakikatnya untuk menghindarkan enjin dari mengalami keadaan ini ialah agak sukar melainkan pengguna dapat memastikan enjin sentiasa di tukar minyak hitam ,oil filter,air filter dan plug pada waktu dan kilometer sepatutnya.Selain dari itu radiator juga perlu diflush atau diganti air dan gunakan coolant setiap 2 kali servis kereta.Jika ini dapat diamalkan air yang berada dalam enjin tidak menghasilkan karat dan semua gasket terjaga dengan baik terutamanya manifold gasket.

manifold gasket
Terdapat beberapa  faktor utama yang menyebabkan air bercampur dengan minyak dalam enjin diantaranya:-

1.Gasket Cylinder Head yang pecah akibat enjin panas
2.Gasket Intake manifold yang pecah dan terbakar juga akibat enjin panas
3.Cylinder Head yang tidak dikunci ketat selepas head dibuka
4.Cylinder head yang retak
5.Air yang berlebihan masuk dari ekzos dalam keadaan banjir dsbnya

Apakah pula cara penyelesaian bagi masalah ini

Cara penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melalui proses Top Overhaul atau Overhaul untuk menggantikan satu set gasket Top Overhaul yang terdiri dari Cylinder Head Gasket,Valve Seal,Manifold Gasket,Head Cover Gasket dan Oil Seal serta Oil Sump Gasket,Engine Bearing,Engine Oil dan Piston Ring bagi proses Overhaul.Akantetapi ini hanya akan dipastikan jika air telah benar-benar bercampur dengan minyak hitam dan memenuhi Oil Sump atau tangki minyak hitam.

Kedua cara di atas  adalah satu-satunya  cara yang terbaik yang mampu dilakukan untuk mengembalikan semula enjin ke prestasi asal.

No comments:

Post a Comment