Friday, July 20, 2018




Assalamualaikum.


Nama : Muhammad Safuan Bin Haji Yusof

No Matrik : 251555

No Telefon : 012-9567721

Tarikh Lahir : 23.05.1988

Hobi : Bermain Badminton

Warganegara : Malaysia

Umur : 30 Tahun










Assalamualaikum.

Inilah aktiviti untuk mengisi masa lapang saya. Anda perlulah melakukan aktiviti sihat bagi mengekalkan kesihatan badan serta mencergaskan minda. 

ASSALAMUALAIKUM..


SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA SAYA TENTANG KERETA.


 

Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan  komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.
Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin

Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,

Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api)supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.

10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox.

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan


Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.

Apa yang saya ingin sampaikan dan berkongsi pengetahuan adalah mengenai kerosakan yang akan berlaku apabila sesebuah kereta itu tidak digunakan untuk jangkamasa melebihi seminggu dan seterusnya.


Kerosakan kerap berlaku setelah seminggu atau dua minggu tidak digunakan

1.Bateri menjadi lemah

Kereta  yang ditinggalkan terus tanpa dihidupkan pada jangkaasa 1 minggu atau 2 minggu akan mengalami kemerosotan kuasa bateri dari sedikit sehinggalah kepada kehilangan kuasa seluruhnya.Ini hanya dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih  semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan  mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

2.Pam Minyak (Fuel Pump) sukar bekerja

Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa yang agak lama akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injekter atau dan berkumpul pada fuel filter.Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.Kebarangkalian untuk boleh  digunakan semula adalah sekitar 50 % sahaja.Mahupun begitu ada terdapat fuel pump yang berbentuk manual yang menggunakan kuasa pusingan enjin untuk bekerja seperti pada Wira lama,kancil,Toyota KE dll boleh berfungsi baik jika dicuci semula.

3.Air radiator menjadi berlumut

Air dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran dan apabila enjin dapat dihidupkan ,untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.Enjin akan mengalami kepanasan sedikit dan air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.

Kerosakan kerap berlaku apabila enjin tidak digunakan melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun

1.Bateri tidak boleh digunakan langsung

Samada anda menanggalkan kepala bateri atau tidak,bateri yang tidak digunakan oleh enjin akan mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi untuk jangkamasa melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun.Enjin memerlukan bateri baru untuk dihidupkan.

2.Fuel Pump Berhenti

Komponen ini akan terus berhenti bekerja terus dan amat sukar untuk kembali pulih melainkan ditukar,Kuasa negatif pada wiring pula akan hilang akibat karat pada sentuhan  body Pam Minyak manual kebanyakannya berkarat dan mungkin pelantik penekan akan patah apabila enjin berpusing untuk dihidupkan.

3.Spark Plug berkarat  karbon melekat dan keras

Untuk sesebuah enjin kereta yang telah ditinggalkan lama ,spark plug perlu ditukar dahulu sebelum enjin cuba dihidupkan.Ini kerana keseluruhan karbon dan kotoran yang ada pada palam tersebut telah keras dan menimbulkan karat pada sekelilingnya dan sukar untuk api berkuasa dialirkan.

4.Brake Pad mencengkam kukuh dan mengeras

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan.Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV,SUV dsbnya,bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat.

5.Clutch Plate melekat

Kekerapan Clutch Plate untuk melekat adalah amat kerap apabila kereta tidak digunakan untuk waktu yang lama,Flywheel akan berkarat dan sukar berpusing apabila starter berputar.Clutch plate melekat begini boleh dilepaskan juga dengan menggerakan kereta kedepan dan kebelakang setelah gear dimasukkan manakala untuk kereta dengan auto transmission biasanya ia mudah dilonggarkan oleh pergerakan jika enjin dapat dihidupkan kerana torque converter akan berpusing serta merta sementelah enjin hidup.

Secara Amnya kereta yang ingin ditinggalkan dalam waktu yang lama boleh berfungsi sediakala jika enjin dapat dihidupkan 5 minit sehari dan bergerak sekali seminggu,itupun jika ada seseorang yang lain dapat melakukannya setelah ditinggalkan.

Sekian untuk kali ini muga bertemu dilain posting dalam masa terdekat akan datang,Wassalam.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.

2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Intercooler dan turbocharger

Salam,

Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.


Turbocharger
Turbochager adalah alat turbine yang disambung terus dari manifold yang bertindak bagai sebuah air pump berkuasa tinggi supaya lebih angin dapat dimasukan dengan nisbah yang besar untuk enjin kereta melakukan pembakaran.Turbocharger ini juga akan memberikan daya bakaran dalam enjin secara total dan hasilnya lebih pembakaran enjin untuk lebih kuasa.

Kereta-kereta yang menggunakan turbo adalah kereta yang berkuasa lebih tapi dengan jaminan penjimatan petrol atau disel.

Tanda-tanda kerosakan turbochager

1.Enjin kereta kurang kuasa
2.Bunyi enjin kereta yang kasar dan pelik
3.Asap yang banyak
4.Minyak enjin kereta yang berkurang dengan cepat.

Semua tanda-tanda kerosakan kereta ini akan menyebabkan sistem fuel injection rosak,enjin yang tak stabil,rpm tak stabil,ekzos meletup2 dan gasket enjin rosak.Kerosakan turbocharger juga boleh menyebabkan minyak gris pada mana2 komponen enjin kereta mengering dan mengetatkan komponen bergris seperti drive shaft dan steering rod,

Intercooler

Apakah pula Intercooler? Intercooler adalah sebenarnya seperti sebuah radiator besar yang menyejukan enjin kereta ke tahap maksimum seperti enjin tidak bekerja langsung melakukan pembakaran.Pada kebiasaannya sebuah enjin berkuasa turbo akan menggunakan intercooler untuk menyejukan udara panas dari turbocharger supaya lebih oksigen dan bahanapi dibakar secara baik dan menyejukan udara enjin kereta dengan cepat untuk terus beroperasi.Intercooler yang dipasang menggantikan radiator bertindak menyejukan udara dalam  enjin supaya enjin tidak overheat dan terbakar,

Di Malaysia kereta seperti Exora bold adalah berkuasa turbo dan menggunakan keseluruhan sistem intercooler.Intercooler adalah amat baik dalam penyejukan cecair serta gas pada enjin.

Tanda-tanda kerosakan intercooler adalah hampir sama dengan kerosakan pada turbocharger,apabila kuasa yang menurun,susah tukar gear,asap hitam,bunyi yang pelik adalah tanda-tanda biasa yang akan jadi bila intercooler bocor atau rosak.

Seperti juga turbocharger,kerosakan intercooler kereta juga mudah dikesan menggunakan alat diagnose enjin yang seterusnya juga dapat mengesan kenaikan suhu dalam enjin.

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak

Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.

Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.

Akibat daripada kerosakan oil pump
  1. Enjin kereta berbunyi kasar dan pelik
  2. Enjin kereta berhenti serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
  3. Bunyi kuat dari atas head
  4. Bunyi kuat dari bawah enjin seperti ada benda berlaga
  5. Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
  6. Asap hitam yang banyak
Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran bukan menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston.

RIK Piston Ring
Terdapat 2 bentuk oil ring ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung berselirat.Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung berselirat.Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk Piston.Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok  oil ring berbentuk  gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja tanpa mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja.Kerosakan kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-
  1. Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
  2. Asap putih berkepul terhasil dari ekzos
  3. Bunyi enjin kereta yang seperti tersekat dan mendap
  4. Prestasi enjin menurun teruk 
Perhatikan perbezaan kedua kesan akibat kerosakan komponen enjin kereta ini,ia memang berbeza samasekali walaupun keduanya ada minyak pelincir sebagai bahan kerja.Bunyi enjin kereta juga  amat berbeza dan warna asap juga berbeza jika 2 komponen ini rosak.

Nota:Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak,crank shaft enjin calar dsbnya.

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin


Topik dengan tajuk di atas adalah sebenarnya ingin merungkai persoalan yang selalu bermain diminda pengguna kereta terutamanya tentang bagaimana air boleh bercampur dengan minyak dalam enjin.

Gambar dari  hotrodslincoln.blogspot.com
Pada keseluruhan enjin yang normal air sebenarnya tidak mudah untuk bercampur dengan minyak dalam enjin melainkan terdapat faktor-faktor tertentu yang membolehkan kejadian ini berlaku.Bagaimanakah pula kita dapat mempastikan bahawa enjin kita terhindar dari keadaan ini?Apakah yang perlu kita periksa?

Untuk mengetahuinya amat mudah iaitu dengan membuka penutup minyak hitam atas silinder dan perhatikan didalamnya ,jika terdapat tompokan-tompokan keputihan bermakna enjin tersebut  telah dimasuki air.Fungsi air sebenarnya untuk menyejukan enjin tetapi apabila terdapat komponen-komponen tertentu telah rosak maka kejadian ini akan terus berlaku.

Pada hakikatnya untuk menghindarkan enjin dari mengalami keadaan ini ialah agak sukar melainkan pengguna dapat memastikan enjin sentiasa di tukar minyak hitam ,oil filter,air filter dan plug pada waktu dan kilometer sepatutnya.Selain dari itu radiator juga perlu diflush atau diganti air dan gunakan coolant setiap 2 kali servis kereta.Jika ini dapat diamalkan air yang berada dalam enjin tidak menghasilkan karat dan semua gasket terjaga dengan baik terutamanya manifold gasket.

manifold gasket
Terdapat beberapa  faktor utama yang menyebabkan air bercampur dengan minyak dalam enjin diantaranya:-

1.Gasket Cylinder Head yang pecah akibat enjin panas
2.Gasket Intake manifold yang pecah dan terbakar juga akibat enjin panas
3.Cylinder Head yang tidak dikunci ketat selepas head dibuka
4.Cylinder head yang retak
5.Air yang berlebihan masuk dari ekzos dalam keadaan banjir dsbnya

Apakah pula cara penyelesaian bagi masalah ini

Cara penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melalui proses Top Overhaul atau Overhaul untuk menggantikan satu set gasket Top Overhaul yang terdiri dari Cylinder Head Gasket,Valve Seal,Manifold Gasket,Head Cover Gasket dan Oil Seal serta Oil Sump Gasket,Engine Bearing,Engine Oil dan Piston Ring bagi proses Overhaul.Akantetapi ini hanya akan dipastikan jika air telah benar-benar bercampur dengan minyak hitam dan memenuhi Oil Sump atau tangki minyak hitam.

Kedua cara di atas  adalah satu-satunya  cara yang terbaik yang mampu dilakukan untuk mengembalikan semula enjin ke prestasi asal.

Meminimakan kerosakan tegar dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Julai 20 2018,

Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan tegar atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.


Enjin kereta adalah sangat mudah rosak jika segala keperluannya tidak dijaga seperti minyak hitam,oil filter,fuel filter,air filter,minyak gear mahupun autofilter untuk kereta bertransmisi automatik.

Penjagaan sempurna bermaksud menepati sasaran kilometer untuk menukar komponen dan pelincir.Contoh komponen yang mudah dan senang rosak ialah talisawat atau belting.Terdapat 2 atau 3 talisawat luar untuk sebuah enjin kereta seperti talisawat kompressor,power stereng dan alternator manakala sesetengah kereta moden sekarang dilengkapi dengan hanya 1 talisawat untuk ketiga komponen ini bekerja.

Untuk talisawat atau belting luar tiada kilometer terentu yang disarankan cuma ia perlu diperiksa setiap kali menukar minyak hitam untuk memastikan ia masih boleh digunakan seterusnya.Contoh belting yang rosak adalah apabila ia ditegangkan terdapat jalur-jalur halus unuk putus bila-bila masa sahaja.


DIbawah ini saya gariskan panduan 13 perkara lain yang mesti diperiksa setiap kali menukar minyak hitam pada kilometer 10000 atau 5000 kilometer.
  1. Air bateri perlu ditambah apabila kurang jika menggunakan bateri basah.
  2. Periksa belting alternator,power stereng dan kompressor serta brek pad
  3. Tensioner penegang perlu ditukar jika berbunyi.
  4. Air radiator mestilah cukup dan terhindar dari bercampur minyak atau petrol
  5. Kipas radiator dan aircond berfungsi secara automatik dan motornya tidak panas melampau
  6. Air tangki simpan diisi secukupnya mengikut garis senggat pada tangki
  7. Wiper berfungsi dengan baik
  8. Memastikan tiada kotoran minyak belakang dan depan kotak timing belt yang menandakan ia bersih dari bocor pada oil seal
  9. Memastikan ruang kotak air filter bersih dari habuk dan minyak hitam jika ada
  10. Memastikan RPM stabil ketika aircond atau tiada kemasukan aircond iaitu kekal 900-1000 rpm
  11. Memastikan kebocoran pada head cover gasket tiada dan perlu menukar head cover gasket jika ada.
  12. Memastikan minyak gear auto/manual ,minyak klac,minyak power stereng,minyak brek cukup untuk bekerja
  13. Memastikan keempat-empat roda berpusing seakan2 sama bilangan pusingan,jika tidak sama ia menandakan adanya rosak bearing roda.
Panduan kilometer untuk tukaran komponen dan minyak
  1. Minyak hitam/pelincir ditukar setiap 5000 kilometer atau 10000 kilometer bergantung kepada minyak yang digunakan.Minyak pelincir Sintetik dan semi sintetik  ialah pada 10000 kilometer manakala minyak berunsur mineral ialah pada 5000 kilometer
  2. Minyak gear auto transmisi ialah setiap 20000 kilometer dan manual pada 40000 kilometer.Untuk gear automatik,autofilter mesti ditukar juga setiap kali menukar minyak gear.
  3. Timing belt pula mesti ditukar pada setiap 80000 kilometer penggunaa manakala timing chain pula tidak perlu ditukar melainkan ia berbunyi akantetapi enjin menggunakan timing chain memerlukan penjagaan sempurna minyak hitam.
  4. Spark Plug,air filter dan oil filter perlu diganti setiap 10000 atau 5000 kilometer penggunaan.
  5. Clutch Plate pula biasa diganti  iaitu kira-kira pada mileage 300000-3500000  kilometer bergantung pada penggunaanya,jika selalu memandu jalan berbukit Clutch cepat habis dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga 200000 kilometer dan perlu diganti.
Jika garis panduan yang diberikan ini dipatuhi sepenuhnya sudah barang tentu hayat enjin dapat dipanjangkan dan kerosakan enjin tegar yang memerlukan kos yang besar  juga dapat dielakkan.