Friday, July 20, 2018




Assalamualaikum.


Nama : Muhammad Safuan Bin Haji Yusof

No Matrik : 251555

No Telefon : 012-9567721

Tarikh Lahir : 23.05.1988

Hobi : Bermain Badminton

Warganegara : Malaysia

Umur : 30 Tahun










Assalamualaikum.

Inilah aktiviti untuk mengisi masa lapang saya. Anda perlulah melakukan aktiviti sihat bagi mengekalkan kesihatan badan serta mencergaskan minda. 

ASSALAMUALAIKUM..


SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA SAYA TENTANG KERETA.


 

Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan  komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.
Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin

Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,

Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api)supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.

10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox.

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan


Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.

Apa yang saya ingin sampaikan dan berkongsi pengetahuan adalah mengenai kerosakan yang akan berlaku apabila sesebuah kereta itu tidak digunakan untuk jangkamasa melebihi seminggu dan seterusnya.


Kerosakan kerap berlaku setelah seminggu atau dua minggu tidak digunakan

1.Bateri menjadi lemah

Kereta  yang ditinggalkan terus tanpa dihidupkan pada jangkaasa 1 minggu atau 2 minggu akan mengalami kemerosotan kuasa bateri dari sedikit sehinggalah kepada kehilangan kuasa seluruhnya.Ini hanya dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih  semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan  mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

2.Pam Minyak (Fuel Pump) sukar bekerja

Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa yang agak lama akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injekter atau dan berkumpul pada fuel filter.Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.Kebarangkalian untuk boleh  digunakan semula adalah sekitar 50 % sahaja.Mahupun begitu ada terdapat fuel pump yang berbentuk manual yang menggunakan kuasa pusingan enjin untuk bekerja seperti pada Wira lama,kancil,Toyota KE dll boleh berfungsi baik jika dicuci semula.

3.Air radiator menjadi berlumut

Air dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran dan apabila enjin dapat dihidupkan ,untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.Enjin akan mengalami kepanasan sedikit dan air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.

Kerosakan kerap berlaku apabila enjin tidak digunakan melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun

1.Bateri tidak boleh digunakan langsung

Samada anda menanggalkan kepala bateri atau tidak,bateri yang tidak digunakan oleh enjin akan mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi untuk jangkamasa melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun.Enjin memerlukan bateri baru untuk dihidupkan.

2.Fuel Pump Berhenti

Komponen ini akan terus berhenti bekerja terus dan amat sukar untuk kembali pulih melainkan ditukar,Kuasa negatif pada wiring pula akan hilang akibat karat pada sentuhan  body Pam Minyak manual kebanyakannya berkarat dan mungkin pelantik penekan akan patah apabila enjin berpusing untuk dihidupkan.

3.Spark Plug berkarat  karbon melekat dan keras

Untuk sesebuah enjin kereta yang telah ditinggalkan lama ,spark plug perlu ditukar dahulu sebelum enjin cuba dihidupkan.Ini kerana keseluruhan karbon dan kotoran yang ada pada palam tersebut telah keras dan menimbulkan karat pada sekelilingnya dan sukar untuk api berkuasa dialirkan.

4.Brake Pad mencengkam kukuh dan mengeras

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan.Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV,SUV dsbnya,bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat.

5.Clutch Plate melekat

Kekerapan Clutch Plate untuk melekat adalah amat kerap apabila kereta tidak digunakan untuk waktu yang lama,Flywheel akan berkarat dan sukar berpusing apabila starter berputar.Clutch plate melekat begini boleh dilepaskan juga dengan menggerakan kereta kedepan dan kebelakang setelah gear dimasukkan manakala untuk kereta dengan auto transmission biasanya ia mudah dilonggarkan oleh pergerakan jika enjin dapat dihidupkan kerana torque converter akan berpusing serta merta sementelah enjin hidup.

Secara Amnya kereta yang ingin ditinggalkan dalam waktu yang lama boleh berfungsi sediakala jika enjin dapat dihidupkan 5 minit sehari dan bergerak sekali seminggu,itupun jika ada seseorang yang lain dapat melakukannya setelah ditinggalkan.

Sekian untuk kali ini muga bertemu dilain posting dalam masa terdekat akan datang,Wassalam.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.

2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Intercooler dan turbocharger

Salam,

Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.


Turbocharger
Turbochager adalah alat turbine yang disambung terus dari manifold yang bertindak bagai sebuah air pump berkuasa tinggi supaya lebih angin dapat dimasukan dengan nisbah yang besar untuk enjin kereta melakukan pembakaran.Turbocharger ini juga akan memberikan daya bakaran dalam enjin secara total dan hasilnya lebih pembakaran enjin untuk lebih kuasa.

Kereta-kereta yang menggunakan turbo adalah kereta yang berkuasa lebih tapi dengan jaminan penjimatan petrol atau disel.

Tanda-tanda kerosakan turbochager

1.Enjin kereta kurang kuasa
2.Bunyi enjin kereta yang kasar dan pelik
3.Asap yang banyak
4.Minyak enjin kereta yang berkurang dengan cepat.

Semua tanda-tanda kerosakan kereta ini akan menyebabkan sistem fuel injection rosak,enjin yang tak stabil,rpm tak stabil,ekzos meletup2 dan gasket enjin rosak.Kerosakan turbocharger juga boleh menyebabkan minyak gris pada mana2 komponen enjin kereta mengering dan mengetatkan komponen bergris seperti drive shaft dan steering rod,

Intercooler

Apakah pula Intercooler? Intercooler adalah sebenarnya seperti sebuah radiator besar yang menyejukan enjin kereta ke tahap maksimum seperti enjin tidak bekerja langsung melakukan pembakaran.Pada kebiasaannya sebuah enjin berkuasa turbo akan menggunakan intercooler untuk menyejukan udara panas dari turbocharger supaya lebih oksigen dan bahanapi dibakar secara baik dan menyejukan udara enjin kereta dengan cepat untuk terus beroperasi.Intercooler yang dipasang menggantikan radiator bertindak menyejukan udara dalam  enjin supaya enjin tidak overheat dan terbakar,

Di Malaysia kereta seperti Exora bold adalah berkuasa turbo dan menggunakan keseluruhan sistem intercooler.Intercooler adalah amat baik dalam penyejukan cecair serta gas pada enjin.

Tanda-tanda kerosakan intercooler adalah hampir sama dengan kerosakan pada turbocharger,apabila kuasa yang menurun,susah tukar gear,asap hitam,bunyi yang pelik adalah tanda-tanda biasa yang akan jadi bila intercooler bocor atau rosak.

Seperti juga turbocharger,kerosakan intercooler kereta juga mudah dikesan menggunakan alat diagnose enjin yang seterusnya juga dapat mengesan kenaikan suhu dalam enjin.